Khamis, 16 Mei 2013

KAU YANG TERINDAH

Kau melangkahi pagar , dan meninggalkan aku meniti malam sendirian...
hari ini aku melambaikan jemari ku dengan sebaris senyuman. "Bye Bang."
adakah esok, aku masih berkesempatan untuk melambaikan jemari ini pada kau dan masih adakah hari esok untuk kau menggamati senyuman aku buat harini?
ini bukan persediaan peninggalan aku..tapi, dalam sedar tidak sedar. setiap waktu kita melelapkan mata untuk tidur, tiada jaminan untuk kita bangun semula jika ajal kita ditulis pada hari esok.
semalam aku nanti kau dengan resah, aku intai tingkap, pintu, ku selak langsir yang menutup pemandangan depan. dalam hati aku berdoa
'Ya Allah, jika sesungguhnya kau ingin berikan suami ku derita biarlah ketika dia disisi aku. jangan kau sakiti dia dan berikan sejuta derita tanpa aku disisi dia.  Amin.'
akan ku kesal pada diri sendiri jika perkara ini terjadi pada diri suamiku.
aku doa, aku mohon kau bahagia dan ketika ini dengan apa yang kau buat dan lalui.
hari ini, aku masih diberi peluang untuk menanti peluang kau pulang, jika esok ..
aku tidak menanti kau dan terus dihari yang mendatang, hari ini apa yang akan kau ucapkan pada aku jika itu kau terasa dan yang ingin kau akui?
imbasan bukan perliaan dari aku,
pernah aku mohon kau pulang lah teman ku ketika aku gusar dengan setiap bunyi yang mengganggu di atas.. ucapan yang mudah kau beri,
"anggaplah semua tu, umpama kita sedang tonton cerita dengan hantu dengan bunyian dan gangguan."
aku mengucap dan beristighfar.. ini dugaan aku yang Allah telah hidangkan.
ku redhai ini semua Ya Allah. terima kasih,
aku mesej kau bertalu-talu, aku desak kau pulang kerna jiwa xtenang untuk tidur nyenyak. 
kata kau, "aku sibuk dan ada masalah." apakah darjat aku sebagai isteri xlayak untuk  mendengar isi hati kau yang pernah kau janji kan. 
"kita akan hidup dalam suka atau duka."
ucapan itu buat aku teruja dalam setiap ayat yang kau lafazkan bukan pada perlakuan yang kau berikan.
cinta itu manis hanya jika belum dapat, jika sudah memiliki kelat seribu pahit sejuta masam yang ditelan.
harini lagi, aku mohon untuk ikut kau pergi kerja kerna bosan dengan hanya menonton tv.. sayang sekali, alasan kau masih sama. 
"banyak urusan yang nak kena buat dan ada pegawai nak tengok site  dan meeting."
aku terima dan tersenyum dengan alasan itu dan akan ku nanti jawapan kau petang ini.
bagaimana yang ku nanti, sampai je kaki kau dengan membuka kasut dan stokin, kau bilang. mereka tidak dapat datang. sibuk dan sebagainya.
aku terima alasan itu, dan aku tersenyum dengan jawapan itu.. terima kasih sayang.
selagi bernyawa, hargai lah apa yang ada dan yang kau miliki. aku bukan benci dengan setiap perlakuan kau . cuma, aku sedih dengan dugaan yang telah tersedia milik aku. 

NN_05