Jumaat, 29 November 2013

Aku Nini..

Kenali saya dengan nama manja bukan dengan sikap manja.. kerna manja itu jauh sekali dari diri saya.  kenali saya dengan Nini. Nama itu ringkas dan juga diri saya.. asalkan selesa semua saya belasah je.. sikap aku memang cukup kasar dan ganas.. dan nasiblah pada yang memperisterikan saya.. namun dan alhamdulillah ada juga lelaki yang tertarik kerna dek kekasaran saya. heheh..
Tapi, bukan pasal tu yang ingin saya kongsikan.. Nini nama gelaran saya dan bukan nama asal dan xde kena mengena..hehe.. saya da berkahwin dan xmalu untuk mengaku dah berkahwin..
Rasa macam semalam baru kahwin, mana xnya.. bahagia tanpa perang bahagia tu jugaklah perkataan yang selalu kita sebutkan..kalau perang.. benci..! Benci!.
Hahah.macam-macam kan.. biasalah dunia..
Dalam usia perkahwinan ni.. macam2 yg saya dah lalui..perit itu bukan satu ungkapan yang mudah untuk dimengerti telinga dan hati yang lain..
Saya seorang pencinta kanak2.. namun sayangnya, saya masih belum memilikinya.. biar bertubi2 soalan yang saya terima setiap hari.. saya akan selalu berusaha keras dan kencang..hehe..
Insyallah amin.. moga satu masa dan ketika ada suara yang boleh menegur sata dengan perkataan "mummy"..
MashaAllah jauh sungguh impian saya..
Saya tak merancang... kami hanya menanti kedatangan sang putera dari Allah.. Amin.
Saya punya keluarga..punya teman..punya biras.. punya saudara.. sayangnya.. mereka tu.. xsemua yang ikhlas senyum dengan saya.. apatah lagi . Saya yang xpunyai anak2.. sedih tu bukan ungkapan.. ramai yang memberikan alasan kerna suami saya terlalu obses untuk bina badan dan pengambilan ubat dan sebagainya..
Saya percaya pada rezeki Allah.. jika dalam rumahtangga kami memang ade tertulis akan memiliki..maka kami akan memiliki..jika sebaliknya..maka sebaliklah jawapannya.. itu semua kuasa Allah seperti yang kita tahu.. Jodoh saya dan suami itu kerja Allah.. anak kami itu kerja Allah dan mati kami..itu juga kerja Allah.. subhanaAllah.. segalanya susunan dari Allah. Kita sebagai hambanya.. buatlah ape yg patut dan jauhilah segala kemungkarannya..

                   NN_05

Jumaat, 22 November 2013

Luka itu aku..

Bicara mulut hanya gambaran.. tapi jika bicara hati itu adalah lukisan.. bukan aku aku ingin persingkapkan siapa dia yang sebenarnya.. tapi sebenarnya siapa aku.. sedih itu diri aku..derita itu diri aku.. biar aku telan pahit itu..biar aku kunyah kemasaman erti cinta.. biar ku telan kelatnya cinta.
Hati ini bukan mainan, tapi terasa seolah-olah alat permainan.. ku perbiarkan kata-katanya menusuk diri, ku perdiamkan diri selagi yang bisa..walaupun aku dari kalangan orang biasa.. hati aku bukan sekeping kertas yang bisa dicarik dan dirobeknya..
Puas sudah aku tangiskan, lelah sudah aku tangisi.. kecewa itu lebih 10kali.. apakah nasib yang dicinta akan jadi begini. Mengapa hidup aku jadi begini?
Bukan kusoal susunan Allah cuma ku kesal diduga sebegini rupa..
Semalam kau hulurkan aku bahagia.. harini kau hulurkan derita.. tidakkah kau sedar, aku lah insan yang kau kejar satu ketika dulu dan tangiskan ketika disaat aku memutuskan pengunduran diri.
Itu hanya kenangan.. kenangan yang bukan harus dijulang tapi bagai kenangan yang harus dibuang.
Sia-sia aku pelihara cinta ini,hati ini buat kau..akhirnya kau sendiri yang mencalarnya.
Biar buruk rupa aku, biar buruk sikap aku. Mulai dan saat ini, aku mohon moga kau tidak perdulikan aku.dan berdoalah semoga aku cepat dijemput pulang Allah swt.
Aku tidak lari dari derita ini, tapi aku mohon atas kebahagiaan yang kau cari.
Sayang selamanya..kau yang bernama cinta...

               NN_05

Jumaat, 18 Oktober 2013

Maaf atas dosaku

Assalammualaikum...
Salam sejahtera salam 1 malaysia..
Demiallah... setiap ayat saya ikhlas dari hati ini...
Pernah saya bahagia..ada mak cik..pak cik...mak njang ..pak njang ..ada biras..yang happening..
Sayangnya,xpernah saya ucap syukur pada Allah kerna kebahagiaan itu.. lalu Allah tarik bahagia saya dan saya dirundung celaka, derita dan luka.
Tak pernah saya kesal mengenali awak semua.. julang beribu kali, si suami berpesan baik berpada2 jangan sampai hati sendiri menderita.
Saya akui, saya lupa kini dan saya ingat kembali kerna derita itu milik saya..
Saya mengaku ada silapnya, cakap kadang xserupa bikin .. xsedar dengan bahasa dan kefahaman yang keluar dan yang diterima.. maaf dan ampun saya hulurkan buat anda yang pernah tersentap dengan kata2 saya atau disebaliknya..
Saya hanya insan biasa yang selalu buat silap antara sedar atau tidak..
Saya minta halalkan makan minum saya jika kita memang pernah berkongsi segalanya..
Dan, segala kata kesat buat saya dan jika pernah awak lemparkan dan kebencian awak sangat menebal...saya sudi memaafkan awak semua.. biar kata itu pergi berlalu walau perit untuk saya terima.. apa pun pengalaman membuat saya sedar istilah hidup ini..terima kasih.

                                            NN_05

Selasa, 8 Oktober 2013

Kau yang bernama Mama..

Assalammualaikum..
Yang aku sanjungi...kau yang bernama mama..
Tak pernah aku lupa asal usul...kesusahan dan kesenangan yang kita lalui sekeluarga.. Aku bukan pergi kerna jemu menghadapi cabaran sebagai seorang anak..cuma aku terpanggil untuk bertemu jodoh dalam usia muda ini.. Biar tsunami yang melanda sekalipun.. Aku tak mahu kehilangan kau..aku sangat2 memerlukan kau disisi aku walaupun tidak serumah lagi... Aku yang bernama anak mohon seribu kemaafan atas segala dosa yang pernah aku lemparkn didepan kau mahupun tanpa pengetahuan kau.. Ku sujud padamu... Ya Allah, ampuni aku... Dosa mama ku serta semua yang pernah aku sakiti mahupun yang membenci aku... Tidak terucap jiwa ini dicalar kerna kehilangan dek kepercayaan seorang mama... Hidup didalam usia muda ini, hanya dipenuhi jiwa yang ingin memberontak..lagak gaya bahagia dan senang dgn semua yg aku nampak..itu hanya gambrn dpn mata org..y hakiki... Aku terlalu cerewet dan serba xkena dgn sikap manusia.. Utk meluahkan perasaan..aku memilih FB sbgai penyelesaiannya..tp jika aku diuji dlm soal mengata mak sdra n bapak sdra yag aku syg..dgn kata2 'bermuka2'.. Ya Allah.. Ini Benar2 dugaan... Dimana salah aku?  Aku tak berniat dan xmybut hal itu dan nama itu.. Aku tidak!  Sampai seorg mama berkata 'mama rela sujud kat kaki kau..jgnlah sentuh hal adik bradk sdra mara mama'
Allahu akbar... Kenapa mcm ni skli... Katanya lagi.. ' Sejak kau kawen..semua hal kau cerita kat laki kau..' Aku sahut kenyataan nya.. ' Mengapa kita kawen kalau kawen pun kena berahsia' katanya lagi. ' Aku lebih makan garam dari kau, kalau terjadi ape2... Sdra xkn buang ko..tpi klu seorg suami..boleh buang kte ble2 mse j' aku sedar itu sebuah fakta y harus dan wajib aku percaya.tapi..bkn sjnk ak bfikir.. Aku tlah termimpi itu semua..jika itu semua terpksa aku lalui..akn aku pergi jauh dr smua y brnama sdra atau keluarga... Ku mohon dari kau saudara mara belah mama... Dan buat mama , Ampuni aku...dan maafkan aku atas kebahagiaan yg aku miliki...  Wassalam..
                  
                            NN_05

Khamis, 3 Oktober 2013

Nasib tak selalu menyebelahi kita

Setahun entah berapa kali harus aku mengamuk...ada perasaan marah, geram ,dendam,buruk sangka dan sama waktu dengannya...
Bukan mudah melayari bahtera perkahwinan rupanya...bila sudah aku lalui... orang pertama yang aku akan ingat mama..
Rupanya beginilah rasanya seorang isteri yang menanti kepulangan seorang lelaki yang bernama suami..
Apatah lagi, sikap ayah aku yang sering keluar tanpa berterus terang arah tujunya.. lalu aku dan yang lain harus menjejaki ayah dimana dan dimana.
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah, berikan kesabaran dalam menempuhi isi rumahtangga... begitu juga buat mama...
Ingin aku kecapi bahagia hingga ke jannah bersama dia sang suami... perolehi cahaya mata kurniaan Allah swt yang sempurna akal dan fizikal..
Jangan kau duga aku dengan belahan jiwa yang sangat deras dan kencang ini..perkukuhkan cinta dan sayang  buat aku juga dia si sang suami...amin..

                       NN_05

Isnin, 8 Julai 2013

KENYATAAN HATI DAN PENGALAMAN

JARI KU BERLARI2 MENAIP SEGALANYA.. BUKAN DARI SEKADAR DARI HATI TAPI LEBIH DARI PENGALAMAN..
KADANG KALA CINTA ITU SEMEMANGNYA BUTA, DAN APABILA BUKTI DAN KENYATAAN ITU AKU TERIMA.
BUKAN AKU SESALKAN DIRI KETIKA ITU, TAPI KU SOAL PADA ALLAH MENGAPA AKU YANG DIUJI..
BERAT SUNGGUH KEHIDUPAN IAITU ALAM PERKAHWINAN AKU.
BUKAN MATA YANG MAMPU MENILAI ERTI SEBUAH RUMAHTANGGA..TAPI YANG MERASA DAN SUDAH MENGALAMINYA YANG AKAN MENGERTI.
PERNAH SUATU PERKARA YANG BERLAKU PADA AKU, AKU BERGADUH DENGAN ISTERI KAWAN SUAMI AKU.. SAYANG SEKALI PERNAH DIA KATAKAN PADA AKU,
"KO TU DA LAH XDE APE2..KLU KENA TINGGAL SOK CMNE?"
MASA TU, AKU TERFIKIR SEJENAK DAN MEMUJUK HATI, SUAMI AKU TAKKAN TINGGALKAN AKU DAN XKAN BUANG AKU.
AKU TANYA SUAMI AKU KETIKA ITU, KATANYA.. JANGAN FIKIRKAN SANGAT ORANG YANG KURANG KASIH SAYANG MCM DIA TU.
CERITA ITU TUTUP DAN AKU TERLUPA DAN MELUPAINYA.
APABILA KES EX AKU MESEJ AKU, CUBA UNTUK MEMBUKTIKAN KEJANTANANNYA PADA AKU DAN SALAH AKU MEMBALAS DAN MERAHSIA KEJAHATAN EX AKU TU TANPA PENGETAHUAN SUAMI AKU, LALU .. SI LELAKI YANG BERNAMA SUAMI INI, MESEJ KAKAK AKU PADA KEESOKKAN HARINYA DAN MINTA KAKAK AKU AMBIL AKU SEGERA DARI RUMAH MILIK KELUARGANYA YANG KAMI DIAMI SEKARANG DAN DENGAN NIAT UNTUK CERITAKAN SEGALANYA DI HADAPAN KELUARGA AKU.
KETIKA DI UJI ITU, BARU AKU SEDAR..
"YA ALLAH, BARU AKU SEDAR KAU KIRIMKAN AIN UNTUK MEMPERINGATI AKU."
AKU TERLALU LEMAH DAN TERLALU YAKIN DENGAN NIKMAT HARINI.
YA ALLAH, BENAR KENYATAAN YANG DI BERI, AKU TAK BERKERJA DAN MUDAHNYA DAN BILA2 MASA AKU LAYAK DI BUANG DAN DI HALAU DARI RUMAHNYA SEPERTI KES ITU.
SEMOGA HARI  YANG MENDATANG LEBIH BAIK DAN TERUS DEWASAKAN AKU MENJADI WANITA YANG BEDIKARI TANPA BUMBUNG BERLANDASKAN LELAKI SEPANJANG HAYAT.
APA YANG TERJADI ITU SUSUNAN ALLAH BUAT AKU DALAM LAHLUL MAHFUZ..
ASTAGFIRULLAH AL AZIM.
AKU LEMAH DAN KUATKAN SEMANGAT AKU MENEMPUHI SEGALANYA SEPERTI SEKUAT MAMA..

P/S: WAHAI WANITA. BANGKITLAH JANGAN PATAH SEMANGAT....
       SIMPANLAH KERAGUAN PADA SEORANG LELAKI.
       DAN BUKAN KEYAKINAN SEPENUHNYA.


                                                                                                   NN_05

Rabu, 5 Jun 2013

PERKONGSIAN

PERKONGSIAN  BUKAN PILIHAN DIA, CUMA DIA DI PILIH ALLAH UNTUK HIDUP BERKONGSI.
SUKA DAN DUKA TELANLAH SENDIRI, KERNA CINTA ITU SEMEMANGNYA BUTA.
BUKAN SUKAR TAPI PAHIT YANG BAKAL AKAN KITA TEMPUHI.
INI JALANNYA, INI PILIHANNYA. 
TAK PERNAH IBUNYA BERBICARA DAN MEMUJUKNYA BERKONGSI DALAM RUMAHTANGGA.
CUMA INILAH TAKDIR YANG TELAH ALLAH TULISKAN DIDALAM LAHLUL MAHFUZ BUAT SESEORANG.
JULANG KALI BERCINTA, ENTAH MENGAPA YANG ORANG PUNYA JUGA DIA TERGODA.
BERKONGSI ITU PILIHANNYA.
KAMI TURUTKAN KERNA PERKAHWINANNYA TELAH BERLANGSUNG DILUAR NEGARA.
PERKAHWINAN ITU REZEKI BUAT SESEORANG, DAN MENGAPA KITA MENIDAKKAN MASJID ORANG JIKA ITU SUDAH TERJADI.
SULIT UNTUK AKU UNGKAPKAN KERNA MATA LETIH MELIHATNYA.
INI REALITI DIDEPAN MATA DAN JIKA AKU YANG MERASA, NAUZUBILLAH JAUHI LAH AKU DARI SEMUA INI.
MAAFKAN AKU WAHAI SI POLIGAMI..

 NN_05


AKU WANITA



BERULANG KALI AKU BERPESAN PADA DIRI, JANGAN LEMAH KERNA LELAKI. 
AKU SEKAT AIRMATA TERUS MENGALIR, BIAR JEMARI MENARI TERUS MENAIP.
SAYANG BUKAN KATA, BUKAN JUGA UNGKAPAN CINTA.
CINTA ITU LAHIR DARI HATI NAN TULUS DARI LUBUK HATI.
AKU PERCAYA KAU CINTA AKU DAN KAU BERJAYA MEMILIKI AKU DENGAN USAHA SENDIRI KAU.
PERNAH AKU TERMIMPI,BAHAWASANYA KAU BAKAL MENGIMAMKAN AKU.
BIAR AKU TERDIAM SERIBU BAHASA DAN AKAN MEMBIARKAN KAU TERUS BERGELUMBANG DENGAN DUNIA KAU SENDIRI.
MENGAPA DUNIA TIDAK PERSOAL HATI WANITA?
BUKAN AKU MENYALAHKAN TAKDIR ATAU DUNIA.
DAN AGAMA TAK SEBUT SOAL HATI WANITA.
AKU WANITA..
MENGAPA LELAKI TAK PERNAH NAK MINTAK KEBENARAN DAN KELUAR ATAU BUAT SESUATU TANPA KEIZINAN WANITA.
AKU PASRAH INI JALANNYA.
KU YAKIN CINTA DIA BUAT AKU, CUMA..
MENGAPA AKU HANYA DIPERLUKAN KETIKA DIA MEMERLUKAN.
PERNAH DIA BERJANJI, SUKA DAN DUKA AKAN KITA HARUNGI BERSAMA. 
NAMUN, SAYANGNYA ITU HANYA UNGKAPAN DAN HARINI KAU PERSIAKAN AKU.
KAU AKAN HADIR ATAU KAU AKAN SAHUT AKU KETIKA KAU  MEMERLUKAN.
AKU BUKAN PATUNG YANG HARUS MENDENGAR HANYA MASALAH KAU.
AKU TIDAK DERITA KERANA INI, CUMA AKU KECEWA CINTA AKU DIBALAS BEGINI.


                                                                             NN_05

Selasa, 4 Jun 2013

TEMBELANG CINTA

Cinta Sebelum Berkahwin Belum Tentu Bahagia



 bercinta suatu perkara yang abstrak, namun ia fitrah dalam kehidupan kerana bermula daripada detik perkenalan lazimnya antara pasangan, bermula episod saling memahami, memupuk keserasian, belajar menghargai dan meluahkan kasih sayang.

 zaman percintaan, pasangan akan berkongsi pelbagai cerita daripada sekecil-kecil perkara mengenali dirinya kepada apa saja sehingga membbitkn keluarga mereka

 pada fasa perkenaan, masing-masing akan saling mendalami dan meneroka mengenai sifat keperibadian sama ada mereka mereka seorang yang penyayang, tegas, suka mengongkong, pendera,  atau apa saja.

 minat pada pasangan masing-masing akan berkembang selepas menilai banyak aspek. ada kalanya pada detik zaman percintaan itu, banyak juga kepalsuan yang wujud kerana masing-masing ingin mempamerkan personaliti yang terbaik.

 pada peringkat ini, teori pasangan, iaitu melihat secara keseluruhanrakan baru yang dikenalinya sama ada sesuai untuk dijadikan 'teman hidup'.

 dalam pada melayari fasa berkenaan, wujudnya pelbagai dimensi menarik seperti rasa rindu, ingin tahu, saling melindungi, resah dan seterusnya mahu mengenali keluarga pasangan masing-masing dengan lebih dekat.

  kepalsuan seseorang takkan tampak jika kita tidak mengenali lebih mendalam, namun sayangnya, yang buruk itu akan dipamerkan selepas menyatukan hubungan ini.
  biar beribu cinta yang pernah kita dapat atau cari, jangan berpura-pura kerna gusar perkahwinan itu akan disulamkan kepalsuan..
  
                                                                                              NN_05

Khamis, 16 Mei 2013

KAU YANG TERINDAH

Kau melangkahi pagar , dan meninggalkan aku meniti malam sendirian...
hari ini aku melambaikan jemari ku dengan sebaris senyuman. "Bye Bang."
adakah esok, aku masih berkesempatan untuk melambaikan jemari ini pada kau dan masih adakah hari esok untuk kau menggamati senyuman aku buat harini?
ini bukan persediaan peninggalan aku..tapi, dalam sedar tidak sedar. setiap waktu kita melelapkan mata untuk tidur, tiada jaminan untuk kita bangun semula jika ajal kita ditulis pada hari esok.
semalam aku nanti kau dengan resah, aku intai tingkap, pintu, ku selak langsir yang menutup pemandangan depan. dalam hati aku berdoa
'Ya Allah, jika sesungguhnya kau ingin berikan suami ku derita biarlah ketika dia disisi aku. jangan kau sakiti dia dan berikan sejuta derita tanpa aku disisi dia.  Amin.'
akan ku kesal pada diri sendiri jika perkara ini terjadi pada diri suamiku.
aku doa, aku mohon kau bahagia dan ketika ini dengan apa yang kau buat dan lalui.
hari ini, aku masih diberi peluang untuk menanti peluang kau pulang, jika esok ..
aku tidak menanti kau dan terus dihari yang mendatang, hari ini apa yang akan kau ucapkan pada aku jika itu kau terasa dan yang ingin kau akui?
imbasan bukan perliaan dari aku,
pernah aku mohon kau pulang lah teman ku ketika aku gusar dengan setiap bunyi yang mengganggu di atas.. ucapan yang mudah kau beri,
"anggaplah semua tu, umpama kita sedang tonton cerita dengan hantu dengan bunyian dan gangguan."
aku mengucap dan beristighfar.. ini dugaan aku yang Allah telah hidangkan.
ku redhai ini semua Ya Allah. terima kasih,
aku mesej kau bertalu-talu, aku desak kau pulang kerna jiwa xtenang untuk tidur nyenyak. 
kata kau, "aku sibuk dan ada masalah." apakah darjat aku sebagai isteri xlayak untuk  mendengar isi hati kau yang pernah kau janji kan. 
"kita akan hidup dalam suka atau duka."
ucapan itu buat aku teruja dalam setiap ayat yang kau lafazkan bukan pada perlakuan yang kau berikan.
cinta itu manis hanya jika belum dapat, jika sudah memiliki kelat seribu pahit sejuta masam yang ditelan.
harini lagi, aku mohon untuk ikut kau pergi kerja kerna bosan dengan hanya menonton tv.. sayang sekali, alasan kau masih sama. 
"banyak urusan yang nak kena buat dan ada pegawai nak tengok site  dan meeting."
aku terima dan tersenyum dengan alasan itu dan akan ku nanti jawapan kau petang ini.
bagaimana yang ku nanti, sampai je kaki kau dengan membuka kasut dan stokin, kau bilang. mereka tidak dapat datang. sibuk dan sebagainya.
aku terima alasan itu, dan aku tersenyum dengan jawapan itu.. terima kasih sayang.
selagi bernyawa, hargai lah apa yang ada dan yang kau miliki. aku bukan benci dengan setiap perlakuan kau . cuma, aku sedih dengan dugaan yang telah tersedia milik aku. 

NN_05

Khamis, 28 Mac 2013

UTUSAN TERAKHIRKU

UNGKAPAN CINTA SEBUAH PUITIS
KU NYANYIKAN , KU LAGUKAN DALAM IRAMAKU
KU BUAINYA DENGAN ANGIN YANG SEPOI-SEPOI BAHASA.

KUCUPAN DI POTRET KAU, AKU LAYANGKAN
BIAR BIBIR TAK DAPAT MERUNGKAINYA 
BIAR HATI DAN JIWA MENGENGGAMNYA
DAN BIAR JARI TAK DAPAT MENYENTUHNYA

SEKEPING UTUSAN TERAKHIRKU KIRIMKAN AGAR 
KAU SEDAR , TUBUH INI
JIWA INI PERNAH MENYINTAI KAU

KU ULANGI PERKATAAN JUTAAN 
TERIMA KASIH PADA YANG MAHA ESA MENCIPTA AKU DAN
MEMBERI AKU RUANG UNTUK MENGENALI KAU.
AKAN AKU CINTA KAU HINGGA DUNIA INI KIAMAT.

NN_05