Selasa, 11 Februari 2014

Kerana ku sanggup

Biar aku sentuhmu
Berikan ku rasa itu
Pelukmu
yang dulu pernah buatku
Ku tak bisa paksamu
UnTuk tinggal disisi ku walau kau yang selalo sakiti aku dgn perbuatann mu
Namun sudah kau pergilah
Jangan  kau sesali
Kerna ku sanggup walau ku tak mahu
berdiri sendiri tanpa mu
AKu mahu kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Kalau memg harus begitu
Tak yakin ku denganmu
Hapus rasa sakitku
Dulu selalo perjuangan cinta kita namum
Apa salahku
Hingga ku tak layak dapat kau
Kesungguhanmu
Tak perlulah buat aku mengerti
Tersenyumlah kerna ku sanggup

                                   NN_05

Jumaat, 29 November 2013

Aku Nini..

Kenali saya dengan nama manja bukan dengan sikap manja.. kerna manja itu jauh sekali dari diri saya.  kenali saya dengan Nini. Nama itu ringkas dan juga diri saya.. asalkan selesa semua saya belasah je.. sikap aku memang cukup kasar dan ganas.. dan nasiblah pada yang memperisterikan saya.. namun dan alhamdulillah ada juga lelaki yang tertarik kerna dek kekasaran saya. heheh..
Tapi, bukan pasal tu yang ingin saya kongsikan.. Nini nama gelaran saya dan bukan nama asal dan xde kena mengena..hehe.. saya da berkahwin dan xmalu untuk mengaku dah berkahwin..
Rasa macam semalam baru kahwin, mana xnya.. bahagia tanpa perang bahagia tu jugaklah perkataan yang selalu kita sebutkan..kalau perang.. benci..! Benci!.
Hahah.macam-macam kan.. biasalah dunia..
Dalam usia perkahwinan ni.. macam2 yg saya dah lalui..perit itu bukan satu ungkapan yang mudah untuk dimengerti telinga dan hati yang lain..
Saya seorang pencinta kanak2.. namun sayangnya, saya masih belum memilikinya.. biar bertubi2 soalan yang saya terima setiap hari.. saya akan selalu berusaha keras dan kencang..hehe..
Insyallah amin.. moga satu masa dan ketika ada suara yang boleh menegur sata dengan perkataan "mummy"..
MashaAllah jauh sungguh impian saya..
Saya tak merancang... kami hanya menanti kedatangan sang putera dari Allah.. Amin.
Saya punya keluarga..punya teman..punya biras.. punya saudara.. sayangnya.. mereka tu.. xsemua yang ikhlas senyum dengan saya.. apatah lagi . Saya yang xpunyai anak2.. sedih tu bukan ungkapan.. ramai yang memberikan alasan kerna suami saya terlalu obses untuk bina badan dan pengambilan ubat dan sebagainya..
Saya percaya pada rezeki Allah.. jika dalam rumahtangga kami memang ade tertulis akan memiliki..maka kami akan memiliki..jika sebaliknya..maka sebaliklah jawapannya.. itu semua kuasa Allah seperti yang kita tahu.. Jodoh saya dan suami itu kerja Allah.. anak kami itu kerja Allah dan mati kami..itu juga kerja Allah.. subhanaAllah.. segalanya susunan dari Allah. Kita sebagai hambanya.. buatlah ape yg patut dan jauhilah segala kemungkarannya..

                   NN_05

Jumaat, 22 November 2013

Luka itu aku..

Bicara mulut hanya gambaran.. tapi jika bicara hati itu adalah lukisan.. bukan aku aku ingin persingkapkan siapa dia yang sebenarnya.. tapi sebenarnya siapa aku.. sedih itu diri aku..derita itu diri aku.. biar aku telan pahit itu..biar aku kunyah kemasaman erti cinta.. biar ku telan kelatnya cinta.
Hati ini bukan mainan, tapi terasa seolah-olah alat permainan.. ku perbiarkan kata-katanya menusuk diri, ku perdiamkan diri selagi yang bisa..walaupun aku dari kalangan orang biasa.. hati aku bukan sekeping kertas yang bisa dicarik dan dirobeknya..
Puas sudah aku tangiskan, lelah sudah aku tangisi.. kecewa itu lebih 10kali.. apakah nasib yang dicinta akan jadi begini. Mengapa hidup aku jadi begini?
Bukan kusoal susunan Allah cuma ku kesal diduga sebegini rupa..
Semalam kau hulurkan aku bahagia.. harini kau hulurkan derita.. tidakkah kau sedar, aku lah insan yang kau kejar satu ketika dulu dan tangiskan ketika disaat aku memutuskan pengunduran diri.
Itu hanya kenangan.. kenangan yang bukan harus dijulang tapi bagai kenangan yang harus dibuang.
Sia-sia aku pelihara cinta ini,hati ini buat kau..akhirnya kau sendiri yang mencalarnya.
Biar buruk rupa aku, biar buruk sikap aku. Mulai dan saat ini, aku mohon moga kau tidak perdulikan aku.dan berdoalah semoga aku cepat dijemput pulang Allah swt.
Aku tidak lari dari derita ini, tapi aku mohon atas kebahagiaan yang kau cari.
Sayang selamanya..kau yang bernama cinta...

               NN_05

Jumaat, 18 Oktober 2013

Maaf atas dosaku

Assalammualaikum...
Salam sejahtera salam 1 malaysia..
Demiallah... setiap ayat saya ikhlas dari hati ini...
Pernah saya bahagia..ada mak cik..pak cik...mak njang ..pak njang ..ada biras..yang happening..
Sayangnya,xpernah saya ucap syukur pada Allah kerna kebahagiaan itu.. lalu Allah tarik bahagia saya dan saya dirundung celaka, derita dan luka.
Tak pernah saya kesal mengenali awak semua.. julang beribu kali, si suami berpesan baik berpada2 jangan sampai hati sendiri menderita.
Saya akui, saya lupa kini dan saya ingat kembali kerna derita itu milik saya..
Saya mengaku ada silapnya, cakap kadang xserupa bikin .. xsedar dengan bahasa dan kefahaman yang keluar dan yang diterima.. maaf dan ampun saya hulurkan buat anda yang pernah tersentap dengan kata2 saya atau disebaliknya..
Saya hanya insan biasa yang selalu buat silap antara sedar atau tidak..
Saya minta halalkan makan minum saya jika kita memang pernah berkongsi segalanya..
Dan, segala kata kesat buat saya dan jika pernah awak lemparkan dan kebencian awak sangat menebal...saya sudi memaafkan awak semua.. biar kata itu pergi berlalu walau perit untuk saya terima.. apa pun pengalaman membuat saya sedar istilah hidup ini..terima kasih.

                                            NN_05

Selasa, 8 Oktober 2013

Kau yang bernama Mama..

Assalammualaikum..
Yang aku sanjungi...kau yang bernama mama..
Tak pernah aku lupa asal usul...kesusahan dan kesenangan yang kita lalui sekeluarga.. Aku bukan pergi kerna jemu menghadapi cabaran sebagai seorang anak..cuma aku terpanggil untuk bertemu jodoh dalam usia muda ini.. Biar tsunami yang melanda sekalipun.. Aku tak mahu kehilangan kau..aku sangat2 memerlukan kau disisi aku walaupun tidak serumah lagi... Aku yang bernama anak mohon seribu kemaafan atas segala dosa yang pernah aku lemparkn didepan kau mahupun tanpa pengetahuan kau.. Ku sujud padamu... Ya Allah, ampuni aku... Dosa mama ku serta semua yang pernah aku sakiti mahupun yang membenci aku... Tidak terucap jiwa ini dicalar kerna kehilangan dek kepercayaan seorang mama... Hidup didalam usia muda ini, hanya dipenuhi jiwa yang ingin memberontak..lagak gaya bahagia dan senang dgn semua yg aku nampak..itu hanya gambrn dpn mata org..y hakiki... Aku terlalu cerewet dan serba xkena dgn sikap manusia.. Utk meluahkan perasaan..aku memilih FB sbgai penyelesaiannya..tp jika aku diuji dlm soal mengata mak sdra n bapak sdra yag aku syg..dgn kata2 'bermuka2'.. Ya Allah.. Ini Benar2 dugaan... Dimana salah aku?  Aku tak berniat dan xmybut hal itu dan nama itu.. Aku tidak!  Sampai seorg mama berkata 'mama rela sujud kat kaki kau..jgnlah sentuh hal adik bradk sdra mara mama'
Allahu akbar... Kenapa mcm ni skli... Katanya lagi.. ' Sejak kau kawen..semua hal kau cerita kat laki kau..' Aku sahut kenyataan nya.. ' Mengapa kita kawen kalau kawen pun kena berahsia' katanya lagi. ' Aku lebih makan garam dari kau, kalau terjadi ape2... Sdra xkn buang ko..tpi klu seorg suami..boleh buang kte ble2 mse j' aku sedar itu sebuah fakta y harus dan wajib aku percaya.tapi..bkn sjnk ak bfikir.. Aku tlah termimpi itu semua..jika itu semua terpksa aku lalui..akn aku pergi jauh dr smua y brnama sdra atau keluarga... Ku mohon dari kau saudara mara belah mama... Dan buat mama , Ampuni aku...dan maafkan aku atas kebahagiaan yg aku miliki...  Wassalam..
                  
                            NN_05

Khamis, 3 Oktober 2013

Nasib tak selalu menyebelahi kita

Setahun entah berapa kali harus aku mengamuk...ada perasaan marah, geram ,dendam,buruk sangka dan sama waktu dengannya...
Bukan mudah melayari bahtera perkahwinan rupanya...bila sudah aku lalui... orang pertama yang aku akan ingat mama..
Rupanya beginilah rasanya seorang isteri yang menanti kepulangan seorang lelaki yang bernama suami..
Apatah lagi, sikap ayah aku yang sering keluar tanpa berterus terang arah tujunya.. lalu aku dan yang lain harus menjejaki ayah dimana dan dimana.
Berikanlah aku kekuatan Ya Allah, berikan kesabaran dalam menempuhi isi rumahtangga... begitu juga buat mama...
Ingin aku kecapi bahagia hingga ke jannah bersama dia sang suami... perolehi cahaya mata kurniaan Allah swt yang sempurna akal dan fizikal..
Jangan kau duga aku dengan belahan jiwa yang sangat deras dan kencang ini..perkukuhkan cinta dan sayang  buat aku juga dia si sang suami...amin..

                       NN_05

Isnin, 8 Julai 2013

KENYATAAN HATI DAN PENGALAMAN

JARI KU BERLARI2 MENAIP SEGALANYA.. BUKAN DARI SEKADAR DARI HATI TAPI LEBIH DARI PENGALAMAN..
KADANG KALA CINTA ITU SEMEMANGNYA BUTA, DAN APABILA BUKTI DAN KENYATAAN ITU AKU TERIMA.
BUKAN AKU SESALKAN DIRI KETIKA ITU, TAPI KU SOAL PADA ALLAH MENGAPA AKU YANG DIUJI..
BERAT SUNGGUH KEHIDUPAN IAITU ALAM PERKAHWINAN AKU.
BUKAN MATA YANG MAMPU MENILAI ERTI SEBUAH RUMAHTANGGA..TAPI YANG MERASA DAN SUDAH MENGALAMINYA YANG AKAN MENGERTI.
PERNAH SUATU PERKARA YANG BERLAKU PADA AKU, AKU BERGADUH DENGAN ISTERI KAWAN SUAMI AKU.. SAYANG SEKALI PERNAH DIA KATAKAN PADA AKU,
"KO TU DA LAH XDE APE2..KLU KENA TINGGAL SOK CMNE?"
MASA TU, AKU TERFIKIR SEJENAK DAN MEMUJUK HATI, SUAMI AKU TAKKAN TINGGALKAN AKU DAN XKAN BUANG AKU.
AKU TANYA SUAMI AKU KETIKA ITU, KATANYA.. JANGAN FIKIRKAN SANGAT ORANG YANG KURANG KASIH SAYANG MCM DIA TU.
CERITA ITU TUTUP DAN AKU TERLUPA DAN MELUPAINYA.
APABILA KES EX AKU MESEJ AKU, CUBA UNTUK MEMBUKTIKAN KEJANTANANNYA PADA AKU DAN SALAH AKU MEMBALAS DAN MERAHSIA KEJAHATAN EX AKU TU TANPA PENGETAHUAN SUAMI AKU, LALU .. SI LELAKI YANG BERNAMA SUAMI INI, MESEJ KAKAK AKU PADA KEESOKKAN HARINYA DAN MINTA KAKAK AKU AMBIL AKU SEGERA DARI RUMAH MILIK KELUARGANYA YANG KAMI DIAMI SEKARANG DAN DENGAN NIAT UNTUK CERITAKAN SEGALANYA DI HADAPAN KELUARGA AKU.
KETIKA DI UJI ITU, BARU AKU SEDAR..
"YA ALLAH, BARU AKU SEDAR KAU KIRIMKAN AIN UNTUK MEMPERINGATI AKU."
AKU TERLALU LEMAH DAN TERLALU YAKIN DENGAN NIKMAT HARINI.
YA ALLAH, BENAR KENYATAAN YANG DI BERI, AKU TAK BERKERJA DAN MUDAHNYA DAN BILA2 MASA AKU LAYAK DI BUANG DAN DI HALAU DARI RUMAHNYA SEPERTI KES ITU.
SEMOGA HARI  YANG MENDATANG LEBIH BAIK DAN TERUS DEWASAKAN AKU MENJADI WANITA YANG BEDIKARI TANPA BUMBUNG BERLANDASKAN LELAKI SEPANJANG HAYAT.
APA YANG TERJADI ITU SUSUNAN ALLAH BUAT AKU DALAM LAHLUL MAHFUZ..
ASTAGFIRULLAH AL AZIM.
AKU LEMAH DAN KUATKAN SEMANGAT AKU MENEMPUHI SEGALANYA SEPERTI SEKUAT MAMA..

P/S: WAHAI WANITA. BANGKITLAH JANGAN PATAH SEMANGAT....
       SIMPANLAH KERAGUAN PADA SEORANG LELAKI.
       DAN BUKAN KEYAKINAN SEPENUHNYA.


                                                                                                   NN_05